Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 4)

Cerpen Munsyi : Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 4)

TEMA

Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara. Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.

PERSOALAN

  1. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan. Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.
  1. Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara. Contohnya,  pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.
  1. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya. Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.
  1. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya. ‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
  1. Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.

.

One thought on “Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 4)

Leave a comment