Peranan Pelajar Dalam Meningkatkan Imej Sekolah
Pengenalan
Sekolahku syurgaku antara ungkapan yang tersohor pernah kita dengar
- meraih peranan yang besar daripada pihak pelajar untuk merealisasikannya
- walaupun sukar tetapi bukan mustahil untuk dicapai
- memiliki perancangan jangka pendek dan jangka panjang
- peranan pelajar pula adalah yang utama dan amat berkesan
- gabungan warga sekolah ini pasti mampu meningkatkan imej sekolah
Idea-idea Utama
Para pelajar mestilah berhempas pulas meningkatkan prestasi sekolah
- peratusan yang tinggi mestilah dicapai dalam setiap mata pelajaran
- antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan pelbagai lagi
- berusaha dengan tekun untuk menghadapi peperiksaan
- PT3 dan SPM mencatatkan keputusan yang cemerlang
- sekolah dilabel sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
Nama sekolah turut terkenal dalam bidang kokurikulum
- menjadi johan dalam pertandingan sukan
- antaranya bola sepak, hoki, bola jaring dan pelbagai lagi
- para pelajar rajin berlatih di luar waktu persekolahan
- sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
- satu persatu kejayaan dirangkul baik dalam bidang permainan dan persatuan
Para pelajarnya tidak mencatatkan peratusan yang tinggi dalam masalah disiplin
- kes pergaduhan, buli dan pelbagai lagi seolah-olah tidak berlaku
- nama sekolah menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat
- suasana pembelajaran menjadi kondusif kepada para pelajar
- menjadi pilihan utama ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka
- bangga menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah tersebut
Nilai-nilai murni sentiasa dipraktikkan oleh para pelajar
- saling menghormati, bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain
- para pelajar memiliki tali silaturahim yang tinggi
- mengamalkan budaya timur dengan ciri-ciri kesopanan yang tinggi
- diamalkan di sekolah mahupun ketika bersama masyarakat
- ibu bapa yakin anak-anak mampu melaksanakan nilai-nilai murni yang terbaik
Para pelajar sentiasa berusaha untuk melahirkan suasana yang ceria di persekitaran sekolah
- melukis mural, membina taman sains, kolam ikan dan pelbagai lagi
- tidak berkira dari aspek wang ringgit, tenaga mahupun masa
- ringan tulang jika terdapat sebarang aktiviti di sekolah
- bak kata pepatah yang ringan sama dipikul, yang berat sama dijinjing
- terus dipraktikkan ketika bersama keluarga, jiran-jiran dan masyarakat setempat
Penutup
Peranan pelajar terhadap sekolah mereka amat besar
- di bahu mereka terletak sama ada cemerlang atau tidak sesebuah sekolah
- kerjasama yang erat mereka bersama guru membentuk pasukan yang kuat
- hasilnya aktiviti yang dirancang sentiasa membawa kejayaan baik dalam jangka masa pendek mahupun panjang
- hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kini terletak di tangan para pelajar
- sentuhan dan bekas tangan mereka mampu melakar dan menjulang nama sekolah sampai bila-bila
.