Langkah-langkah sebagai Persediaan untuk Menghadapi Cabaran Alam Pekerjaan

Langkah-langkah sebagai Persediaan untuk Menghadapi Cabaran Alam Pekerjaan

Pendahuluan:

  • setiap individu memerlukan pekerjaan untuk menyara keluarga dan membiayai tuntutan hidup yang lain
  • keadaan ekonomi negara yang tidak menentu menyebabkan peluang pekerjaan terhad, sedangkan bilangan golongan pencari kerja amat tinggi sehingga mewujudkan masalah pengangguran
  • terdapat banyak cabaran yang bakal dihadapi oleh seseorang yang akan melangkah ke alam pekerjaan
  • persediaan yang rapi dan teliti perlu dibuat supaya seseorang itu tidak menghadapi masalah akibat cabaran tersebut
  • perlu mengambil beberapa langkah yang proaktif sebagai persediaan menghadapi cabaran alam pekerjaan

Isi-isi Penting:

  • harus berusaha untuk mendalami ilmu tentang bidang pekerjaan yang akan diceburi – kerana bakal majikan memerlukan pekerja yang mempunyai pengetahuan tentang kerjanya – majikan mengharapkan pekerja itu dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sempurna dan berkesan – harus menguasai mata pelajaran yang berkaitan – membaca buku-buku dan melayari laman sesawang yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang bakal diceburi – perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang isu semasa seperti dasar-dasar kerajaan, isu antarabangsa dan perkembangan teknologi terkini, khususnya bidang komputer dan teknologi maklumat agar tidak dianggap oleh majikan sebagai katak di bawah tempurung
  • perlu berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi – kerana dunia pekerjaan pada era globalisasi memerlukan pekerja yang mampu berkomunikasi dengan baik, terutamanya dalam bahasa Inggeris – perlu mengambil inisiatif dengan mempelajari bahasa Inggeris dengan gigihnya – menyertai aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi seperti pertandingan bahas, syarahan dan drama, di samping aktif dalam persatuan di sekolah – sentiasa terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menyertai aktiviti gotong-royong dan membantu jiran semasa majlis perkahwinan untuk mengasah kemahiran komunikasi – penting kerana majikan memerlukan pekerja yang bijak berkomunikasi, petah, ramah dan mudah mesra semasa di alam pekerjaan nanti
  • harus membiasakan diri bekerja dalam pasukan – harus melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan, permainan dan unit beruniform – penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum dapat menjadi platform untuk membina kemahiran kerja berpasukan yang akan berguna semasa berada di alam pekerjaan sebenar – kerana kebanyakan bidang pekerjaan dilakukan dalam kumpulan yang memerlukan seseorang itu memiliki kemahiran kerja berpasukan – dalam realiti dunia pekerjaan, pekerja perlu menunjukkan kemampuan untuk menjadi ahli kumpulan yang berperanan aktif dalam pasukan, selain berkeupayaan untuk menguruskan kumpulan – individu perlu membina hubungan yang positif dengan rakan sekerja, sekali gus dapat membantu mencapai matlamat kerja dan objektif syarikat atau organisasi
  • harus menguasai aspek kemahiran menyelesaikan masalah – penguasaan dalam kemahiran menyelesaikan masalah penting kepada seseorang pekerja – pekerja yang menguasai kemahiran ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi di tempat kerja dengan menggunakan pemikiran kritis – ciri pekerja yang mampu berfikir secara kritis amat diperlukan dalam dunia pekerjaan kerana mereka lebih inovatif, mampu berfikir di luar kebiasaan/ berfikir di luar kotak serta bermotivasi tinggi untuk maju ke hadapan – pekerja yang memiliki kemampuan berfikir sedemikian pasti menjadi aset penting kepada majikan kerana keupayaannya itu dapat membawa keuntungan kepada syarikat

Penutup:

  • terdapat banyak cabaran yang menanti seseorang sebaik-baik sahaja melangkah ke alam pekerjaan.
  • perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran insaniah, di samping memupuk nilai positif dalam diri
  • harus bersedia dari sekarang agar tidak mengalami kejutan budaya apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran
  • ilmu, kemahiran insaniah dan sikap positif dimiliki menjadikan seseorang itu modal insan yang berharga, ibarat mutiara yang sentiasa diburu dan bernilai tinggi biarpun berada di mana-mana juga

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s